بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Kakanda Habibah…
Biar sukar untuk dilafazkan, dinda ingin
sekali kanda tahu, dinda amat menyayangimu. Dinda sangat-sangat mencintaimu.
Perasaan ini telah lama sarat dalam jiwa adinda sejak pertama kali kita bertemu pada waktu
sore tahun lalu. Kanda, bukan dinda tidak pernah membatas rasa, namun hati ini
seperti air yang deras mengalir, tidak boleh disekat-sekat. Lalu, dinda
terpaksa mengambil kesempatan ini untuk menyatakannya. Dinda bimbang, dinda
terlepas waktu, atau dinda kehilangan peluang.
Kakanda Habibah,
Bangunlah, jangan biarkan dirimu dibaluti
duka. Dinda ingin sekali berada dekat denganmu dan mendengar segala
keluh-kesahmu. Tetapi apa daya adinda.
Maafkan dinda kerana mengganggu hidupmu yang
sungguh riang sebelum ini. Dinda rindu pada kicauanmu lagi.
Yang merinduimu sepanjang hayat,
ainimohdaliman.
09 Jamadil Awal.1436
ps; bukak blog kakanda, your latest entry sangat mencengkam jiwa. siapakah gerangan yg ditujukan ya? bertuah sekali sosok itu. hehe.