kekalutan jiwa; lepasan spm


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
















wasep shera. dia send foto itu.
terus teringat wasep dengan saorang kakak. cerita ini juga kurang lebihnya


me: ukhti, darussyifaa’ tu university ke?

sis: darussyifaa’ tu pusat perubatan islam. yg diasaskan oleh dr harun din. and maybe kat situ je tempat yg boleh   belajar pun.

me: kalau saya nak mohon belajar situ macam mana? :)

sis: biasanya jarang perempuan boleh masuk dik.
dan pusat perubatan tu pun kena pergi jumpa orang nya sebab bukan sesenang boleh belajar ilmu perubatan islam.
ini bukan kisah segulung ijazah, tapi tanggungjawab.
mungkin awak kena buat banyak lagi research.


*tangan dah terketar-ketar. mata takleh ditafsir riak. hati cerna nak reply apa ni?*
jujurnya, makan dalam. sadness.

me: oh yeke? subhanallah. terima kasih awak. in shaa Allah saya research lebih detail.

sis: haaaa baiklah. sama sama.     

memang yang jujur tulus suci murni nya, nak jejak kaki ke madrasah. atau pondok yang mengaji kitab. fully ke arah akhirah. fully hafal al-Quran. wallahi.
namun, angin menyedarkan ku dari lamunan. kisah hidup dan family background setiap insan tidak sama. malah takkan pernah sama. Allah lapangkan jalan untuk dia jadi hafizah, tapi Allah tak mudahkan jalan untuk kamu jadi hafizah sepertinya. ada sebabnya. yang mana kelak hikmahnya diri kita sendiri saja yang mengetahui. biidznillah.
ma qadarallah. tsumma hamdan lillah ala kuli hal.
yakin dengan segala ketentuan-Nya,


moga kelak senyuman terus terbias di bibirmu.
15 Jamadil.Akhir 1436
menghitung hari ke Rajab :)


Wallahi; Demi Rabbi




 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



                                                

Kakanda Habibah…
Biar sukar untuk dilafazkan, dinda ingin sekali kanda tahu, dinda amat menyayangimu. Dinda sangat-sangat mencintaimu. Perasaan ini telah lama sarat dalam jiwa adinda  sejak pertama kali kita bertemu pada waktu sore tahun lalu. Kanda, bukan dinda tidak pernah membatas rasa, namun hati ini seperti air yang deras mengalir, tidak boleh disekat-sekat. Lalu, dinda terpaksa mengambil kesempatan ini untuk menyatakannya. Dinda bimbang, dinda terlepas waktu, atau dinda kehilangan peluang.


Kakanda Habibah,
Bangunlah, jangan biarkan dirimu dibaluti duka. Dinda ingin sekali berada dekat denganmu dan mendengar segala keluh-kesahmu. Tetapi apa daya adinda.

Maafkan dinda kerana mengganggu hidupmu yang sungguh riang sebelum ini. Dinda rindu pada kicauanmu lagi.



Yang merinduimu sepanjang hayat,
ainimohdaliman.
09 Jamadil Awal.1436

ps; bukak blog kakanda, your latest entry sangat mencengkam jiwa. siapakah gerangan yg ditujukan ya? bertuah sekali sosok itu. hehe.